Posts

Ayah : Watak Yang Tiada Pengganti di Dalam Hidupan Ini

Manusia....bila tengadah baru tersentap. Manusia....tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Ya, abam juga begitu. Abam mengaku dulu kita tengok orang lain mengalami kejadian ini namun kesannya masih tidak mampu mengetuk pinta hati ku. Tapi...sekarang... bila ku sendiri yang alami kejadian yang sama, rasanya seperti hati ku berkecai luluh..semangatku hilang secara tiba-tiba...hati ku terasa berat untuk segala benda. Dulu masa kita bersama, abam tak pernah rasa apa itu kehilangan dan rasa menghargai. Sekarang, bila semua perkara terjadi dengan tiba-tiba baru muncul sebuah perasaan penyesalan. Sebenarnya, sampai sekarang abam rasa seperti masih belum dapat menerima kenyataan hakikat yang berlaku. Perasaan takut mula menyelebungi dan mengkaburi penilaian pentaksiran ku. Maafkan segala salah dan silap ku Maafkan ku...

Hikayat / cerita dulukala :

 Hikayat / cerita dulukala : Pada suatu hari, Nabi Daud duduk di tempat peribadatannya. Tiba – tiba dia melihat ulat merah. Maka dalam hati dia berkata : “Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?”. Maka dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara seraya berkata : “Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca ‘Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-ilaha Illa Allah Akbar’ seribu kali (1000x). Sedangkan di malam hari Tuhanmengilhamkanku agar membaca ‘Allahumma Solli ala Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi Wa’ala alihi Wa sohbihi Wa sallam’ seribu kali (1000x). Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?”. Maka Nabi Daud a.s amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakal kepada-Nya. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s tatkala mengingatkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya. Kemudian Allah mengutuskan Jibril a.s datang kepadanya seraya berkata : “Allah kirim salam kepada engkau

Ilmu Bermanfaat

Sumber : Terjemahan Mukashafah Al Qulub | Penenang Jiwa| Pengubatan & Rawatan | IMAM AL-GHAZALI Hari:Khamis                                                                                           Tarikh : 21 November 2013 Hadis riwayat Bukhari & Muslim : “...Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpul darah. Jika baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.” §     Berlaku pergelutan & peperangan dalam setiap jiwa manusia – menentukan tetap sebagai manusia @ menjadi binatang yang berbadan manusia – peperangan antara rayuan syaitan & seruan agama / kabatilan & kebenaran. – berlaku di “hati”. §     Tanda – tanda takut kepada Allah SWT : 1.        Pada lisannya. 2.        Pada hatinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.“ 3.        Pada pandangannya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa mem

Wahai uktiku

Wahai uktiku.. Sudikah dirimu menjadi Kekasih halalku, Menemaniku menyusuri liku-liku percintaan, Mengharungi pahit manis hidup bersama ku, Berkongsi saat gembira dan duka bersamaku, Hingga ke jannah. Inginku jadikan mu sebagai pelengkap tulang rusukku,  Inginku jadikan mu pelengkap separuh keimananku. 

Kasih Insan

Image
Assalamualaikum w.b.t, para "Sahabatku"? Sesungguhnya Islam adalah agama yang penuh kasih sayang namun... tahukah kita, apa itu erti kasih seorang insan?... Insan adalah khalifah dan khalifah itu sendiri adalah kita. Kita hidup di atas muka bumi ini hanyala untuk satu tujuan dan tujuan itu mendapatkan rahmat Illahi. Kasih insan yang paling tinggi darjatnya adalah kasihnya terhadap Allah SWT dan Rasullah s.a.w. Kasih sayang seseorang insan juga perlu dikongsi bersama insan dan makluk ciptaan Illahi yang lain. Janganlah kita lupa bahawa itu juga sebahagian daripada "tanggungjawab" kita sebagai seorang "Khalifah" di muka bumi ini.