Posts

Showing posts from 2014

Hikayat / cerita dulukala :

 Hikayat / cerita dulukala : Pada suatu hari, Nabi Daud duduk di tempat peribadatannya. Tiba – tiba dia melihat ulat merah. Maka dalam hati dia berkata : “Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?”. Maka dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara seraya berkata : “Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca ‘Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-ilaha Illa Allah Akbar’ seribu kali (1000x). Sedangkan di malam hari Tuhanmengilhamkanku agar membaca ‘Allahumma Solli ala Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi Wa’ala alihi Wa sohbihi Wa sallam’ seribu kali (1000x). Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?”. Maka Nabi Daud a.s amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakal kepada-Nya. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s tatkala mengingatkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya. Kemudian Allah mengutuskan Jibril a.s datang kepadanya seraya berkata : “Allah kirim salam kepada engkau

Ilmu Bermanfaat

Sumber : Terjemahan Mukashafah Al Qulub | Penenang Jiwa| Pengubatan & Rawatan | IMAM AL-GHAZALI Hari:Khamis                                                                                           Tarikh : 21 November 2013 Hadis riwayat Bukhari & Muslim : “...Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpul darah. Jika baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.” §     Berlaku pergelutan & peperangan dalam setiap jiwa manusia – menentukan tetap sebagai manusia @ menjadi binatang yang berbadan manusia – peperangan antara rayuan syaitan & seruan agama / kabatilan & kebenaran. – berlaku di “hati”. §     Tanda – tanda takut kepada Allah SWT : 1.        Pada lisannya. 2.        Pada hatinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.“ 3.        Pada pandangannya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa mem