Hikayat / cerita dulukala :

 Hikayat / cerita dulukala :

Pada suatu hari, Nabi Daud duduk di tempat peribadatannya. Tiba – tiba dia melihat ulat merah. Maka dalam hati dia berkata : “Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?”. Maka dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara seraya berkata : “Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca ‘Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-ilaha Illa Allah Akbar’ seribu kali (1000x). Sedangkan di malam hari Tuhanmengilhamkanku agar membaca ‘Allahumma Solli ala Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi Wa’ala alihi Wa sohbihi Wa sallam’ seribu kali (1000x). Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?”. Maka Nabi Daud a.s amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakal kepada-Nya.



Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s tatkala mengingatkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya. Kemudian Allah mengutuskan Jibril a.s datang kepadanya seraya berkata : “Allah kirim salam kepada engkau dan berkata “Adakah engkau melihat seseorang takut kepada kekasihnya?” Kemudian Jibril a.s menjawab : “Jika aku ingat akan kesalahanku dan memikirkan seksaan-Nya, maka lupalah bahawa aku keaksih-Nya.” Demikianlah akan keadaan para nabi, wali, orang soleh dan orang-orang zuhud.

Comments

Popular posts from this blog

Kasih Insan

Wahai uktiku

Ayah : Watak Yang Tiada Pengganti di Dalam Hidupan Ini