Ilmu Bermanfaat

Sumber : Terjemahan Mukashafah Al Qulub |Penenang Jiwa|Pengubatan & Rawatan | IMAM AL-GHAZALI

Hari:Khamis                                                                                         Tarikh : 21 November 2013

Hadis riwayat Bukhari & Muslim :
“...Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpul darah. Jika baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.”
§    Berlaku pergelutan & peperangan dalam setiap jiwa manusia – menentukan tetap sebagai manusia @ menjadi binatang yang berbadan manusia – peperangan antara rayuan syaitan & seruan agama / kabatilan & kebenaran. – berlaku di “hati”.


§    Tanda – tanda takut kepada Allah SWT :
1.       Pada lisannya.
2.       Pada hatinya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.“
3.       Pada pandangannya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api, pada hari Kiamat”
4.       Pada perutnya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka”
5.       Pada kedua – dua tangannya.
6.       Pada langkah (kakinya)
7.       Pada ketaatannya.

§    Barangsiapa melakukan tujuh perkara yang disebutkan diatas, maka dia termasuk dalam kategori orang – orang yang dikatakan oleh Allah SWT :

“sesungguhnya orang – orang yang taqwa dalam kebun – kebun dan mata air (syurga).”
(Surah al-Hijr : 45)

§    Seseorang mukmin perlu berada dalam keadaan di antara rasa takut dan berharap – sentiasa mengharapkan rahmat Allah SWT – tidak berputus asa mengharapkannya.
Firman Allah SWT :

“Janganlah engkau berputus asa terhadap rahmat Allah.”
(Surah asy-Syuura : 28)

Comments

Popular posts from this blog

Kasih Insan

Wahai uktiku

Ayah : Watak Yang Tiada Pengganti di Dalam Hidupan Ini